TOURISM MALAYSIA PROMOSIKAN PRODUK MALAYSIA DI JELAJAH WISATA BUDAYA (JWB 3) 2024

Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan Asosisasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI) Sumatera Utara semakin kuat, Tourism Malaysia Medan hadir mendukung acara Jelajah Wisata Budaya 3 yang diadakan di Kaldera Nomadic Escape, lokasi ikonik Pariwisata Sumatera Utara di Sibisa, Kabupaten Toba.

Konsul Muda Pelancongan/Deputy Director Tourism Malaysia di Medan Pn. Yusnita Yusof, menyatakan bangga kepada ASPPI yang terus berinisiatif untuk menggerakkan pariwisata Indonesia khususnya di Sumatera Utara dan tak lupa menggandeng Tourism Malaysia sehingga menjadi kolaborasi yang saling menguntungkan diantara Malaysia dan Indonesia.

Acara ini menyediakan platform bagi peserta untuk mewujudkan jaringan perhubungan dan meneroka peluang usaha sama dengan peserta yang hadir dari pelbagai provinsi di Indonesia, di samping memperkukuhkan kedudukan Malaysia di dalam pasaran Indonesia dan memperluaskan maklumat tentang Tahun Melawat Malaysia yang dijangka berlangsung pada tahun 2026.
Dengan membawa Tourism Melaka dan Mahkota Hospital Melaka, Tourism Malaysia mempromosikan destinasi-destinasi terkini serta penawaran terbaik oleh Malaysia kepada seluruh peserta JWB yg hadir dari berbagai provinsi di Indonesia.

Beliau menambahkan bahwa sasaran wisatawan dari Indonesia ke Malaysia tahun ini ditargetkan 4,2 juta wisatawan. Setelah tahun lalu sekitar lebih dari 3 juta rakyat Indonesia telah melawat Malaysia. Harapan beliau semoga JWB 3 ini dapat menyumbang kedatangan pelancong ke Malaysia untuk mencapai sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong asing ke Malaysia tahun 2024.

Tak lupa beliau memaparkan destinasi atau produk terbaru di Malaysia antaranya Merdeka 118, The Exchange TRX di KL yang merupakan syurga berbelanja, Sky Mirror di Selangor, MAHA Tower, Eagle’s Nest Skywalk dan Dream Forest di Langkawi. Selain itu juga Tourism Malaysia telah lancarkan beberapa pakej antaranya 2024/2025 Durian Tourism Packages, Unimaginable Golf Packages 2024, Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan negeri Pulau Pinang dan Kedah; Pakej “Miss SHOPhia Coffee Experience” dan Pakej Ekopelancongan Negeri Perlis.

Beberapa acara juga akan berlangsung antaranya PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024 pada 1-3 November 2024 dan juga Malaysia Year End Sales yang akan berlangsung 15 November hingga 31 Desember 2024.
Sebagai penutup Yusnita juga menyatakan bahwa di tahun 2024 ini Tourism Malaysia Medan turut berperan aktif dalam mempromosikan 4 negeri yang mengadakan Tahun Lawatan Negeri iaitu Tahun Melawat Melaka, Perlis, Perak, dan Kelantan.
Untuk mengetahui informasi lebih lanjut tentang Pelancongan Malaysia 2024, silakan kunjungi @Tourismmalaysiamedan.id di Instagram & Facebook, dan laman resmi www.malaysiatravel.gov.my

Artikel TOURISM MALAYSIA PROMOSIKAN PRODUK MALAYSIA DI JELAJAH WISATA BUDAYA (JWB 3) 2024 pertama kali tampil pada Berita Terkini dan Terbaru Hari Ini – WASPADA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *